Jamaluddin Jarjis Club

April 10, 2009

Jamaluddin Jarjis dan barisan menteri baru

Filed under: politik — theatrocious @ 11:32 am
Tags: , , , ,

Jamaluddin Jarjis tidak berpeluang menjawat jawatan menteri tapi itu saya fikir bukanlah halangan besar kepada beliau untuk terus menabur budi kepada rakyat. Tanggungjawab sebagai menteri bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan oleh sesiapa pun. Walaupun saya percaya Jamaluddin Jarjis layak menjadi menteri, tapi mungkin Najib iaitu PM kita percaya calon lain perlu diberi peluang.

Berikut adalah berita terkini yang saya ambil dari berita harian online.

————————————————————————————–
KUALA LUMPUR 10/04/09: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini mengetuai barisan menteri dan timbalan menteri yang dilantik semalam mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Upacara penuh adat istiadat itu disaksikan oleh Pemaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, serta bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Upacara yang diadakan di Balairong Seri Istana Negara itu bermula tepat 9.30 pagi dengan penerimaan surat cara pelantikan oleh Muhyiddin selaku Timbalan Perdana Menteri.

Beliau melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia dan kemudian menandatangani dokumen rasmi pelantikan disaksikan oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan. – Bernama
————————————————————————————–

Walau apa pun, Jamaluddin Jarjis akan terus berjuang dengan sedikit kuasa di tangannya, demi rakyat kerana kepercayaan dan tanggungjawab yang telah diletakkan di bahunya. Hidup Jamaluddin Jarjis!

Advertisements

March 27, 2009

Jamaluddin Jarjis, sokongan padu buat 3 pemenang UMNO

Filed under: Uncategorized — theatrocious @ 2:56 pm
Tags: , , , , , , ,

Jamaluddin Jarjis, saya pasti beliau akan menyokong penuh jentera baru yang akan menerajui pimpinan UMNO, sekali gus menerajui kepimpinan negara.

Pemegang kerusi yang baru:

– Presiden UMNO: Datuk Seri Najib Razak

– Timbalan Presiden UMNO: Tan Sri Muhyiddin Yassin

– Ketua Pemuda: Khairy Jamaluddin

– Ketua Wanita UMNO: Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil

– Ketua Puteri UMNO: Rosnah Abdul Rashid Sirlin

Dengan berita terbaru mengenai kemenangan Muhyiddin Yassin ke atas kerusi timbalan pengerusi UMNO. Berita terkini boleh di dapati di Bernama, Utusan, Berita Harian.

Oleh itu, saya pasti masa untuk Jamaluddin Jarjis sudah tidak jauh dari sekarang!

Petikan di bawah ini adalah bukti yang menunjukkan Jamaluddin Jarjis layak duduk di kerusi yang digelar pemimpin.

[Dalam Parlimen: Bajet 60 billion untuk bantu orang biasa]

Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin]: …

Tuan Yang di-Pertua, saya ambil kesempatan untuk menyertai perbahasan bajet walaupun dianggap mini, saya rasa it is a major budget bukannya mini bajet kerana rata-rata kalau kita melihat Tuan Yang di-Pertua, maklum balas feedback daripada sama ada pasaran market ataupun orang ramai bahawa rata-rata menerima baik rangsangan sebanyak 60 bilion yang telah diumumkan baru-baru ini.

Ramai yang mengatakan terkejut 60 bilion. Yang sebelah sana mengatakan tidak cukuplah, kecil sangatlah. Ini tidak ada dipersoalkan bahawa 60 bilion Tuan Yang di-Pertua adalah satu jumlah yang sudah semesti merasakan amat sesuai sekali kalau kita bandingkan dengan negara China sebagai contoh. Kita lebih kurang 8% GDP. Di China lebih kurang 9%. Saiz yang dirasakan oleh pakar-pakar analisis dalam pasaran mengatakan dengan jumlah RM60 bilion boleh mengelakkan kita insya-Allah daripada kita memasuki technical recession ataupun pertumbuhan negatif dua quarter dengan izin bertutur-turut.

Ada juga yang mengatakan budget major ini, saya mengatakan major budget kerana apa lebih besar daripada saiz pembangunan yang biasa iaitu dua kali pada yang tahun lalu amat unik dengan izin smart dan amat komprehensif sekali dan meliputi yang kita semua maklumkan antaranya RM15 bilion injection fiscal, RM10 bilion untuk ekuiti lepas itu dana guarantee, RM 30 billion taxes incentive dan RM7 bilion untuk private finance deficit untuk menggerakkan swasta kita.

Sudah semesti saya merasakan apabila Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan yang juga Timbalan Perdana Menteri kemukakan bajet ini sudah semestinya dari hati naluri jiwa beliau merasakan beliau amat terpanggil untuk membela orang ramai di negara ini yang sudah semestinya akan terjejas dengan apa yang berlaku di Amerika dan akan menjejaskan ekonomi kita membela orang ramai di negara ini yang sudah semestinya akan terjejas dengan apa yang berlaku di Amerika dan akan menjejaskan ekonomi kita kerana ekonomi kita amat bergantung kepada produk-produk yang kita eksport ke negara luar terutama sekali negara barat seperti di Amerika.

Harapan kita Tuan Yang di-Pertua, bahawa ia kan membantu rakyat biasa sudah semestinya satu usaha luar biasa untuk membela dan membantu orang biasa. Ini yang amat penting sekali dalam an extra ordinary budget Tuan Yang di-Pertua kepada benefit an ordinary people of this country dengan izin. Satu bajet luar biasa untuk membela dan membantu orang biasa. Untuk itu, Tuan Yang di-Pertua saya ingin mengucapkan syabas kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan dengan Timbalan Perdana Menteri kerana usaha yang baik yang dapat dikemukakan baru-baru ini.

—————————————————————-

Ini merupakan petikan yang saya ambil dari website MyPolitician. Anda boleh membaca petikan ucapan dalam parlimen tersebut di website itu.
Walau apa pun, inilah ciri-ciri pemimpin yang kita cari. Inilah stail yang kita cari, stail Jamaluddin Jarjis.

March 26, 2009

Jamaluddin Jarjis Idola Rakyat

Filed under: Uncategorized — theatrocious @ 8:56 pm
Tags: , , , , , ,

Jamaluddin Jarjis, nama yang sudah sebati dalam arena politik Malaysia.  Jasa dan bakti beliau terhadap rakyat akan dikenang hingga akhir hayat, membuktikan beliau amat perihatin dan begitu memikirkan perihal rakyat Malaysia. Hasrat Jamaluddin Jarjis ingin melihat rakyat Malaysia maju seiring dengan rakyat negara maju yang lain, mendorong beliau melakukan apa saja yang termampu di dalam kuasanya untuk mempertingkatkan taraf hidup rakyat umum Malaysia. Banyak fakta jelas lagi terang yang membuktikan hasrat murni beliau ini. Dengan ini, saya akan dan sentiasa teguh menyokong Jamaluddin Jarjis.

Dulu, kini dan selamanya. (Maaf UMNO! Kerana ciplak slogan :P) Hidup Jamaluddin Jarjis!

Create a free website or blog at WordPress.com.