Jamaluddin Jarjis Club

April 7, 2009

Jamaluddin Jarjis dan Barisan Pemimpin UMNO Baru

Filed under: Uncategorized — theatrocious @ 10:46 am
Tags: , , , ,

Jamaluddin Jarjis akan terus menyokong dan teguh berdiri di belakang para pemimpin besar Malaysia. Dato’ Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah hari ini sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. and Tan Sri Muhyiddin Yassin akan angkat menjadi Timbalan Perdana Menteri yang baru.
———————————————————————

KUALA LUMPUR 03/04: Datuk Seri Najib Razak will be sworn in as the sixth prime minister before Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin at 10am today.
His appointment has received the consent of the king, Chief Secretary to the Government Tan Sri Mohd Sidek Hassan said yesterday.

Najib will take his oath of office, loyalty and confidentiality and be presented his letter of appointment by the king.

Following the ceremony at Istana Negara, Najib will proceed to the National Mosque for Friday prayers and visit his late father’s grave at Makam Pahlawan.

Berita selanjutnya..

——————————————————————————-

Sedar tak sedar, politik Malaysia sudah selangkah ke hadapan. Rakyat memerlukan barisan pemimpin yang diyakini dapat membawa Malaysia ke arah negara maju dalam semua sektor, sama ada pembangunan ekonomi, sosial dan juga agama. Jamaluddin Jarjis pernah berkata dalam satu wawancara bahawa salah satu faktor penting ke arah pembangunan tersebut adalah kesatuan rakyat berbilang bangsa dan juga barisan pemimpin. Kita sebagai rakyat boleh pertikaikan kebolehan para pemimpin kerana kita yang memilih pemimpin, tapi jika kita tidak memberi peluang kepada mereka, bagaimanakah mereka membuktikan kebolehan mereka?

Seperti mana yang kita sedia maklum, bekas-bekas PM yang penuh dengan pengalaman menerajui negara sehingga kini akan terus menyokong barisan pemimpin yang akan memegang tampuk pemerintahan berkuat kuasa hari ini. Percaya atau tidak, kini senario politik Malaysia akan berubah dan juga secara langsung juga, hala tuju Malaysia akan turut terkesan.

Bangga? Gembira? Sedih? Menyesal? Apakah perasaan kita terhadap semua ini? Pada saya, amat berbangga! Jatuh bangun Malaysia pasti akan tertulis dalam sejarah kita dan Malaysia. Tapi, siapakah yang menyebabkan peristiwa-peristiwa itu berlaku? Ya, para pemimpin negara! Dan saya yakin dengan para pemimpin negara, kerana dalam barisan pemimpin negara itu, ada Jamaluddin Jarjis!

April 3, 2009

Jamaluddin Jarjis dan Perpecahan dalam Pakatan

Filed under: Uncategorized — theatrocious @ 10:54 am
Tags: , , , , ,

Jamaluddin Jarjis pernah berkata, “..fokusnya sepatutnya bukan sepenuhnya ke arah kepentingan Melayu ataupun kepentingan Cina ataupun kepentingan India, sebaliknya sepatutnya ke arah kepentingan umum rakyat Malaysia.”

Tapi apa yang berlaku sebenarnya? Marilah kita tonton bersama video dari youtube ini.

Oleh itu, marilah kita fikir bersama-sama, apa nak jadi dengan politik Malaysia dan juga ahli politik Malaysia sendiri?

Bukan suruh tiru, tapi jadilah diri sendiri dan percaya kepada diri sendiri dengan matlamat di dalam hati bahawa kita ingin memimpin negara ke arah yang lebih baik! Seperti siapa? Mungkin kita.. siapa tahu! Mungkin juga Jamaluddin Jarjis…

March 27, 2009

Jamaluddin Jarjis, sokongan padu buat 3 pemenang UMNO

Filed under: Uncategorized — theatrocious @ 2:56 pm
Tags: , , , , , , ,

Jamaluddin Jarjis, saya pasti beliau akan menyokong penuh jentera baru yang akan menerajui pimpinan UMNO, sekali gus menerajui kepimpinan negara.

Pemegang kerusi yang baru:

– Presiden UMNO: Datuk Seri Najib Razak

– Timbalan Presiden UMNO: Tan Sri Muhyiddin Yassin

– Ketua Pemuda: Khairy Jamaluddin

– Ketua Wanita UMNO: Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil

– Ketua Puteri UMNO: Rosnah Abdul Rashid Sirlin

Dengan berita terbaru mengenai kemenangan Muhyiddin Yassin ke atas kerusi timbalan pengerusi UMNO. Berita terkini boleh di dapati di Bernama, Utusan, Berita Harian.

Oleh itu, saya pasti masa untuk Jamaluddin Jarjis sudah tidak jauh dari sekarang!

Petikan di bawah ini adalah bukti yang menunjukkan Jamaluddin Jarjis layak duduk di kerusi yang digelar pemimpin.

[Dalam Parlimen: Bajet 60 billion untuk bantu orang biasa]

Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin]: …

Tuan Yang di-Pertua, saya ambil kesempatan untuk menyertai perbahasan bajet walaupun dianggap mini, saya rasa it is a major budget bukannya mini bajet kerana rata-rata kalau kita melihat Tuan Yang di-Pertua, maklum balas feedback daripada sama ada pasaran market ataupun orang ramai bahawa rata-rata menerima baik rangsangan sebanyak 60 bilion yang telah diumumkan baru-baru ini.

Ramai yang mengatakan terkejut 60 bilion. Yang sebelah sana mengatakan tidak cukuplah, kecil sangatlah. Ini tidak ada dipersoalkan bahawa 60 bilion Tuan Yang di-Pertua adalah satu jumlah yang sudah semesti merasakan amat sesuai sekali kalau kita bandingkan dengan negara China sebagai contoh. Kita lebih kurang 8% GDP. Di China lebih kurang 9%. Saiz yang dirasakan oleh pakar-pakar analisis dalam pasaran mengatakan dengan jumlah RM60 bilion boleh mengelakkan kita insya-Allah daripada kita memasuki technical recession ataupun pertumbuhan negatif dua quarter dengan izin bertutur-turut.

Ada juga yang mengatakan budget major ini, saya mengatakan major budget kerana apa lebih besar daripada saiz pembangunan yang biasa iaitu dua kali pada yang tahun lalu amat unik dengan izin smart dan amat komprehensif sekali dan meliputi yang kita semua maklumkan antaranya RM15 bilion injection fiscal, RM10 bilion untuk ekuiti lepas itu dana guarantee, RM 30 billion taxes incentive dan RM7 bilion untuk private finance deficit untuk menggerakkan swasta kita.

Sudah semesti saya merasakan apabila Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan yang juga Timbalan Perdana Menteri kemukakan bajet ini sudah semestinya dari hati naluri jiwa beliau merasakan beliau amat terpanggil untuk membela orang ramai di negara ini yang sudah semestinya akan terjejas dengan apa yang berlaku di Amerika dan akan menjejaskan ekonomi kita membela orang ramai di negara ini yang sudah semestinya akan terjejas dengan apa yang berlaku di Amerika dan akan menjejaskan ekonomi kita kerana ekonomi kita amat bergantung kepada produk-produk yang kita eksport ke negara luar terutama sekali negara barat seperti di Amerika.

Harapan kita Tuan Yang di-Pertua, bahawa ia kan membantu rakyat biasa sudah semestinya satu usaha luar biasa untuk membela dan membantu orang biasa. Ini yang amat penting sekali dalam an extra ordinary budget Tuan Yang di-Pertua kepada benefit an ordinary people of this country dengan izin. Satu bajet luar biasa untuk membela dan membantu orang biasa. Untuk itu, Tuan Yang di-Pertua saya ingin mengucapkan syabas kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan dengan Timbalan Perdana Menteri kerana usaha yang baik yang dapat dikemukakan baru-baru ini.

—————————————————————-

Ini merupakan petikan yang saya ambil dari website MyPolitician. Anda boleh membaca petikan ucapan dalam parlimen tersebut di website itu.
Walau apa pun, inilah ciri-ciri pemimpin yang kita cari. Inilah stail yang kita cari, stail Jamaluddin Jarjis.

March 26, 2009

Jamaluddin Jarjis Idola Rakyat

Filed under: Uncategorized — theatrocious @ 8:56 pm
Tags: , , , , , ,

Jamaluddin Jarjis, nama yang sudah sebati dalam arena politik Malaysia.  Jasa dan bakti beliau terhadap rakyat akan dikenang hingga akhir hayat, membuktikan beliau amat perihatin dan begitu memikirkan perihal rakyat Malaysia. Hasrat Jamaluddin Jarjis ingin melihat rakyat Malaysia maju seiring dengan rakyat negara maju yang lain, mendorong beliau melakukan apa saja yang termampu di dalam kuasanya untuk mempertingkatkan taraf hidup rakyat umum Malaysia. Banyak fakta jelas lagi terang yang membuktikan hasrat murni beliau ini. Dengan ini, saya akan dan sentiasa teguh menyokong Jamaluddin Jarjis.

Dulu, kini dan selamanya. (Maaf UMNO! Kerana ciplak slogan :P) Hidup Jamaluddin Jarjis!

Blog at WordPress.com.