Jamaluddin Jarjis Club

April 1, 2009

Jamaluddin Jarjis dan pilihan raya kecil Bukit Gantang

Filed under: Uncategorized — theatrocious @ 10:08 am
Tags: , , , ,

Jamaluddin Jarjis pernah berkata di dalam satu soal jawab, “kejayaan BN dalam menyatukan Melayu, Cina, India dan bangsa-bangsa lain di bawah satu payung politik, yang membolehkan kita mencatat kisah-kisah kejayaan Malaysia hingga kini.” Semua sedia maklum bahawa, bersatu adalah salah satu faktor untuk mencapai kemenangan dalam kebanyakan hal, termasuk jugalah politik dan pilihan raya. Para pemimpin sepatutnya sedar bahawa bercakap semata-mata tidak dapat mengubah hati para penyokong dan pengundi. Saya perhati dunia politik Malaysia seperti bermain tarik tali dengan budak-budak kecil. Pada pendapat saya, hati pemimpin yang lurus dan ikhlas akan sampai jua ke hati para penyokong dan pengundi. Ya, dari hati turun ke hati. Seperti kata Jamaluddin Jarjis, “kita perlu mendapatkan kembali keyakinan dan kepercayaan rakyat. Satu-satunya cara adalah bekerja dan buktikan parti iktiraf, dengar dan bekerja untuk mereka serta prihatin terhadap mereka.” Saya berharap BN akan terus diletakkan di atas kerusi yang berhak memimpin. Berikut adalah petikan berita yang saya ambil dari Bernama Online membuktikan kesatuan yang diperkatakan Jamaluddin Jarjis! —————————————————————- March 29, 2009 22:14 PM New Spirit In BN Will Bring Change To Bukit Gantang – MCA TAIPING, March 29 (Bernama) — The MCA is confident that the new spirit brought by the new leadership of Barisan Nasional (BN) component parties will bring the wind of change to Bukit Gantang, especially to the Chinese community there which want a stable government. Its vice-president Datuk Seri Liow Tiong Lai said this new spirit was extolled by Deputy Prime Minister and new Umno president Datuk Seri Najib Razak, new party deputy president Tan Sri Muhyiddin Yassin and the new leaders of other BN components. “The commitment and close cooperation showed by the BN component parties, which seriously want to reform and listen more to the problems of the people after their dismal showing in the last general election, will help draw support from voters this time,” he said after launching a programme to promote healthy living at SJK (C) Khea Hwa in Matang, here, Sunday. ..berita selanjutnya boleh dibaca di sini. — BERNAMA —————————————————————- Kita hidup di dalam masyarakat yang mengamalkan demokrasi terbuka, oleh itu kita diberi hak untuk berdebat dengan sihat dan terbuka ke atas apa-apa sahaja isu yang melibatkan rakyat, kecuali perkara-perkara hasutan,” kata-kata Jamaluddin Jarjis yang ini tidak dapat saya lupakan. Sebagai rakyat Malaysia umumnya, saya inginkan negara yang bebas tapi dalam masa yang sama masih dalam batas-batas yang sewajarnya. “Rakyat-rakyat negara ini mestilah menerima bahawa kebebasan itu datang bersama dengan tanggungjawab. Kita dah terlalu banyak berlawan dan bersusah payah bersama-sama dalam jangka masa yang panjang, untuk membiarkan diri kita memusnahkan negara ini,” kata-kata Jamaluddin jarjis ini dipetik dari satu soal jawab. Soal jawab tersebut boleh anda dapati di laman web ini. “Komunikasi yang berkesan boleh membantu kerajaan agar maksud kerajaan sampai kepada rakyat, terutamanya warga muda. Demografi baru negara menunjukkan kerajaan perlu lebih terlibat dengan rakyat dan memperoleh lebih akses kepada mereka,” kata Jamaluddin Jarjis.

Blog at WordPress.com.