Jamaluddin Jarjis Club

April 10, 2009

Jamaluddin Jarjis dan barisan menteri baru

Filed under: politik — theatrocious @ 11:32 am
Tags: , , , ,

Jamaluddin Jarjis tidak berpeluang menjawat jawatan menteri tapi itu saya fikir bukanlah halangan besar kepada beliau untuk terus menabur budi kepada rakyat. Tanggungjawab sebagai menteri bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan oleh sesiapa pun. Walaupun saya percaya Jamaluddin Jarjis layak menjadi menteri, tapi mungkin Najib iaitu PM kita percaya calon lain perlu diberi peluang.

Berikut adalah berita terkini yang saya ambil dari berita harian online.

————————————————————————————–
KUALA LUMPUR 10/04/09: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini mengetuai barisan menteri dan timbalan menteri yang dilantik semalam mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Upacara penuh adat istiadat itu disaksikan oleh Pemaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, serta bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Upacara yang diadakan di Balairong Seri Istana Negara itu bermula tepat 9.30 pagi dengan penerimaan surat cara pelantikan oleh Muhyiddin selaku Timbalan Perdana Menteri.

Beliau melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia dan kemudian menandatangani dokumen rasmi pelantikan disaksikan oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan. – Bernama
————————————————————————————–

Walau apa pun, Jamaluddin Jarjis akan terus berjuang dengan sedikit kuasa di tangannya, demi rakyat kerana kepercayaan dan tanggungjawab yang telah diletakkan di bahunya. Hidup Jamaluddin Jarjis!

Advertisements

Blog at WordPress.com.