Jamaluddin Jarjis Club

April 9, 2009

Jamaluddin Jarjis di dalam Dewan Rakyat

Jamaluddin Jarjis bercakap di dalam Dewan Rakyat mengenai kebajikan golongan berpendapatan rendah di kawasan bandar. Saya akui saya sebagai penyokong Jamaluddin Jarjis, semestinya orang akan anggap saya berat sebelah tapi anda bacalah sendiri petikan perbahasan di dalam Dewan Rakyat yang berlangsung pada 19/03/09. Sebagai rakyat yang berpendapatan sederhana tapi tinggal di bandar, berasa amat berbangga ada juga wakil rakyat yang sentiasa memikirkan kebajikan golongan berpendapatan rendah.

Berikut adalah petikan yang saya ambil dari laman web kerajaan ini.

———————————————————————————–
3.47 ptg.
Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin]: Terima kasih. Sedikit
sahaja saya mengambil kesempatan Tuan Pengerusi tentang B.42. Saya nampak pembelaan
dari segi kesihatan itu umumnya kita kena beri tumpuan kepada mereka yang berpendapatan
rendah. Di sini tradisinya Tuan Pengerusi pendapatan rendah ini ialah yang di luar bandar.
Namun demikian Tuan Pengerusi, ada juga fenomena baru yang berpendapatan rendah itu juga
tinggal di bandar. So saya nampak bahawa kita beri tumpuan kepada mereka yang
berpendapatan rendah.
Sama ada tradisinya mereka tinggal di luar bandar. Pada masa yang sama melihat juga
mereka yang di bandar, di pinggir-pinggir bandar itu pertama. Tumpuan sama kita kena beri
kerana dalam mereka yang berpendapatan rendah saya menyatakan bahawa dalam demografi di
negara kita sekarang hampir lima juta pada mereka di Malaysia yang berpendapatan RM1,500 ke
bawah. Kalau RM1,500 di luar bandar memanglah satu pendapatan yang tinggi.
Namun demikian, kalau RM1,500 ke bawah tinggal di bandar di mana ada anak, isteri
yang tidak bekerja, anak tiga, empat orang. Satunya kos sara hidup Tuan Pengerusi, satu
bayaran rumah dia, bayaran dari segi sewa atau beli lepas itu pengangkutan dia. Juga yang
penting ialah kesihatan. Untuk itu saya nampak bahawa juga untuk mengurangkan kos ini supaya
ia boleh satu beban yang mampu kerana pendapatan mereka rendah. Saya hendak tanya
Kementerian, adakah mereka menggunakan teknologi-teknologi baru? Ini kerana kadang-kadang
tidak mungkin kita ada pakar seluruh tempat.
Sama ada di seluruh kawasan yang berpendapatan rendah sama ada di luar bandar atau
di pinggir bandar tidak mampu kita ada pakar-pakar yang seperti Yang Berhormat Telok Intan
katakan tadi. Bahawa tiap-tiap rakyat Malaysia memerlukan kualiti kesihatan pada satu kadar
yang patut kita mampu sebagai rakyat Malaysia. Kita tidak boleh bandingkan dengan negaranegara
yang kurang maju kerana Malaysia akan jadi negara maju tidak lama lagi.
DR. 19.3.2009 91
■1550
Pada pokoknya sumber kaedah baru seperti teknologi, pakar-pakarnya hanya berada di
hospital-hospital yang tertentu. Kita dengar cerita di mana di Amerika, untuk mengurangkan
kosnya mereka menggunakan pakar-pakar yang berada di India. Contohnya, mungkin
katakanlah hendak buat satu treatment jantung atau keadaan badan yang lain, mereka
menggunakan pakar-pakar daripada India kerana kosnya lebih rendah tetapi dari segi
kemampuan teknikalnya tinggi. Adakah kerajaan memikirkan menggunakan teknologi baru
melalui remote treatment ini di antara bandar. Misalnya kita ada satu pakar yang besar, yang
tinggi dan ramai di university hospital sama ada di Universiti Malaya atau Universiti Kebangsaan
Malaysia. Bagi mereka yang tinggal di Bangi mungkin dekat tetapi yang jauh mungkin di
Seremban atau di bandar-bandar kecil Kampung Pandan ataupun di bandar kecil di Seremban
atau di Johor Bahru, tidak mungkin dapat datang untuk mendapatkan pakar ini.
Saya hendak bertanya sedikit dari segi belanja operasinya, adakah dirancang untuk
tahun ini atau akan datang untuk menggunakan kaedah-kaedah baru ini, treatment pakar di satu
tempat tetapi yang lain juga ada akses kepada kepakaran yang ada. Ini kerana amat penting kita
menggunakan teknologi baru ini untuk memberikan satu standard perubatan yang tinggi kepada
rakyat Malaysia kepada mereka yang berpendapatan rendah sama ada di bandar ataupun di
pinggir bandar. Saya mohon sedikit pandangan nanti.
Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]: Hulu Langat sudah lama.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya ingatkan, Yang
Berhormat……

————————————————————————————

Jamaluddin Jarjis yang pernah mengemukakan cadangan RM 60 billion untuk rakyat, Jamaluddin Jarjis yang begitu perihatin terhadap rakyat, inilah yang kita perlukan. Wakil rakyat yang sanggup ke depan demi rakyat, wakil rakyat seperti Jamaluddin Jarjis.

Advertisements

Blog at WordPress.com.